PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melantik peguam baharu bagi mewakili beliau dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan serta hukuman penjara, denda dan rotan, bagi kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
Peguam Syed Saddiq, Alex Tan Chie Sian dari firma Messrs Wong Kian Kheong ketika dihubungi Bernama berkata bekas Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin dan peguam kanan Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mewakili bekas presiden parti MUDA itu dalam rayuannya.
Beliau berkata firma Messrs Wong Kian Kheong akan mengambil alih tanggungjawab sebagai peguam cara Syed Saddiq dalam rayuan itu, dengan Mohd Yusof sebagai peguam utama.
Pengurusan kes hari ini berlangsung di hadapan penolong kanan pendaftar Nurul Azrina Mohamed yang menetapkan 15 Mac sebagai tarikh pengurusan kes yang baharu, apabila rekod rayuan dan alasan penghakiman belum disiapkan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd 'Afif Ali mewakili pihak pendakwaan pada pengurusan kes hari ini, manakala Tan mewakili Syed Saddiq.
Peguam utama Syed Saddiq sebelum ini Gobind Singh Deo kini memegang jawatan sebagai Menteri Digital susulan rombakan Kabinet pada 12 Dis lepas.
Pada 9 Nov lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta, dan dua sebatan terhadap Syed Saddiq selepas disabit dengan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang.
Syed Saddiq, 30, yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dari 2018 hingga 2020, didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral, Kuala Lumpur pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, dia didakwa menyalahguna harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu.
Bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 AMLATFPUAA), dia didakwa melakukan aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahkan wang masing-masing RM50,000 dipercayai hasil daripada aktiviti haram dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya, ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Hohor Bahru pada 16 Jun 2018.
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan.
Syed Saddiq meletak jawtan sebagai Presiden MUDA selepas didapati bersalah terhadap empat pertuduhan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Pada 9 Nov lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta, dan dua sebatan terhadap Syed Saddiq selepas disabit dengan empat pertuduhan. - Gambar fail/Bernama
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Syed Saddiq mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura dan Taiwan
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memfailkan permohonan bagi pelepasan sementara pasportnya untuk membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar
Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta tiga pihak lain.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Pengurusan kes rayuan Syed Saddiq ditetapkan 14 Mei
Peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pengurusan kes tersebut.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Rakyat label 2024 sebagai “Tahun Mahal Dah Ni” - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta kerajaan jujur dan ikhlas dalam memberi penerangan terhadap pengenalan dan kenaikan cukai yang dilaksana dalam negara.
Naikkan gaji penjawat awam, hapuskan pencen menteri, wakil rakyat
Politik berubah tetapi penjawat awam kekal, tegas Syed Saddiq.